NOTIS DATA PERIBADI

NOTIS DATA PERIBADI

 

Selaras dengan keperluan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (selepas ini dirujuk sebagai “APDP”), kami dengan ini mengedarkan notis ini untuk memaklumkan dan menerangkan bagaimana Malacca Securities mengumpul, menggunakan, menyimpan, dan mendedahkan data peribadi anda berhubung dengan urusniaga komersial. Notis data peribadi ini adalah terpakai terhadap mana-mana pihak yang data peribadinya diproses oleh Malacca Securities.

“Malacca Securities” atau “kami” dalam notis ini merangkumi Malacca Securities Sdn Bhd, termasuk cawangan serta anak syarikatnya dan syarikat-syarikat berkaitan Malacca Securities Sdn Bhd.

 

A) SIFAT DATA PERIBADI

Data peribadi anda yang diproses oleh kami termasuk nama, maklumat perhubungan, alamat e-mel, jawatan dan nama syarikat, umur, jantina, tarikh lahir, nombor kad pengenalan/passport, bangsa, agama, kewarganegaraan, maklumat tentang apa-apa pelanggaran atau tuduhan di bawah mana-mana undang-undang, perkhidmatan yang berkaitan yang diberikan kepada anda dan apa-apa data peribadi lain yang dibekalkan oleh anda untuk tujuan yang dinyatakan di bawah.

 

B) TUJUAN PENGUMPULAN DATA PERIBADI OLEH MALACCA SECURITIES

Tertakluk kepada undang-undang yang berkaitan, kami bakal menggunakan data peribadi anda untuk tujuan berikut (secara keseluruhan “Tujuan”):

  1. Untuk membolehkan kami melaksanakan semua tugas dan obligasi kami di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007, Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993, Akta Perindustrian Sekuriti (Depository Pusat) 1991, peraturan-peraturan Bursa Malaysia Sdn Bhd atau mana-mana undang-undang bertulis;
  2. Untuk membolehkan kami melaksanakan semua obligasi kontrak;
  3. Untuk mengesahkan kedudukan kewangan anda menerusi semakan rujukan kredit;
  4. Untuk menjawab pertanyaan dan aduan anda serta menyelesaikan pertikaian;
  5. Untuk penyimpanan rekod dalaman kami;
  6. Untuk memberikan maklumat berkenaan produk-produk dan perkhidmatan kami kepada orang yang kami percayai akan berminat dengan produk-produk dan perkhidmatan tersebut;
  7. Untuk memberikan perkhidmatan;
  8. Untuk penyelidikan dan penambahbaikan produk-produk dan perkhidmatan;
  9. Bagi peluang pekarjaan sekiranya anda telah memberikan maklumat untuk tujuan itu; dan
  10. Untuk apa-apa tujuan lain yang berkaitan dengan produk dan perkhidmantan yang disediakan oleh Malacca Securities.

 

C) PENDEDAHAN DATA PERIBADI ANDA

  1. Tertakluk kepada undang-undang yang berkaitan, data peribadi anda mungkin didedahkan kepada:
    1. anak-anak syarikat dan syarikat-syarikat berkaitan dan/atau bersekutu kami, ;
    2. Bursa Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Jabatan Pendaftar Pertubuhan dan pihak berkuasa penyeliaan, kerajaan atau pihak berkuasa lain yang berkaitan;
    3. Agensi rujukan kredit apabila anda memohon mana-mana produk kami yang berasaskan credits seperti kemudahan margin, akaun cagaran dan sebagainya.
    4. Penganjur acara bersama, rakan-rakan kongsi perniagaan dan pemberi khidmat kami ;
    5. Syarikat Pengurusan Unit Amanah atau Dana;
    6. Juruaudit, peguam, firma-firma atau entiti-entiti professional;
    7. Pihak yang diberi kebenaran oleh anda; dan
    8. mana-mana pihak lain yang dianggap sesuai oleh Malacca Securities.
  2. Data peribadi anda mungkin akan dihantar atau didedahkan ke lokasi-lokasi di luar Malaysia, dan dengan memberikan data peribadi anda kepada kami, anda bersetuju dengan pemindahan tersebut yang diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan yang anda minta dan untuk pelaksanaan apa-apa obligasi kontrak anda dengan Malacca Securities, termasuk untuk tujuan penyimpanan.

 

D) SEKURITI

Keselamatan data peribadi anda merupakan keutamaan kami. Kami berusaha, jika dapat dilaksanakan, untuk melaksanakan dasar dan prosedur yang sesuai selaras dengan undang-undang dan peraturan untuk melindungi data peribadi anda daripada pemprosesan yang tidak dibenarkan atau menyalahi undang-undang.

 

E) AKSES DAN PEMBETULAN DATA PERIBADI ANDA

  1. Anda boleh mengakses dan meminta untuk pembetulan data peribadi anda di mana anda telah diberikan kepada Malacca Securities dan dalam hal ini, anda boleh:-
    1. memeriksa jika kita memegang atau menggunakan data peribadi anda dan minta akses kepada data peribadi anda;
    2. permintaan untuk pembetulan data peribadi anda yang tidak tepat, tidak lengkap atau tidak dikemas kini;
    3. meminta Malacca Securities untuk menghadkan pemprosesan data peribadi anda, termasuk menghadkan data peribadi orang yang boleh dikenal pasti daripada data peribadi anda;
    4. memaklumkan Malacca Securities bahawa anda ingin menarik balik (sepenuhnya atau sebahagian) kebenaran anda yang telah diberikan kepada Malacca Securities sebelum ini, tertakluk kepada sebarang sekatan undang-undang, syarat-syarat kontrak dan tempoh masa yang munasabah.
  2. Dimaklumkan bahawa kami mungkin akan mengenakan yuran yang rendah bergantung pada maklumat yang diminta. Kami juga mungkin mengambil langkah untuk mengesahkan identiti anda sebelum memenuhi permintaan anda untuk mengakses data peribadi anda.
  3. Sila hubungi kami melalui pos, telefon, faks atau e-mel seperti yang diberikan di bawah sekiranya anda mempunyai apa-apa pertanyaan atau aduan berkenaan dengan data peribadi anda
    Perjawatan orang yang boleh dihubungi: Administration Manager
    Alamat Pos:
    1,3&5, Jalan PPM 9,
    Plaza Pandan Malim Business Park,
    Balai Panjang,
    75250 Melaka.
    No. Telefon: (606) 337 1533
    No. Faks: (606) 337 1577
    Alamat E-mel: pdpa@malaccasecurities.com.my

 

F) KEGAGALAN MEMBERIKAN DATA PERIBADI ANDA

Sekiranya tidak dinyatakan sebaliknya oleh kami pada masa pengumpulan data peribadi, adalah wajib bahawa anda membekalkan kami dengan data peribadi yang diminta oleh kami. Sekiranya anda gagal untuk membekalkan data peribadi yang dinyatakan di atas, kami mungkin tidak dapat memproses data peribadi anda bagi mana-mana Tujuan yang dinyatakan di atas dan anda mungkin melanggar syarat-syarat bagi peraturan-peraturan yang berkaitan.

Dengan membekalkan data peribadi anda kepada kami, anda dengan ini, membenarkan pemprosesan data peribadi anda selaras dengan segala yang dinyatakan di atas.

 

G) BAHASA

Notis Data Peribadi ini diterbitkan dalam kedua-dua Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.